Kelmarin ialah hari jadiku.Cuma yg tak best tu ialah aku demam panas. satu hari tak bangun2.Bagaimanapun aku redha saja
Sunday, November 8, 2009
Sunday, November 1, 2009
Aktiviti Hari Sabtu
Aku bersama-sama anak dan isteri menjenguk kebun di kg Lingkungan petang semalam.Adalah buah cempedak yang aku jolok dengan anak aku Zul.5 karong semuanya.Berat dan berpeluh-peluh juga mengangkatnya.
Bagi aku ke kebun selain daripada satu riadah, ia juga mendedahkan anak-anak menikmati suasana di dalam kebun. Macam-macam ada di dalamnya;berbaloi-baloi
Posted by cgany at 1.11.09 3 nukilan
Labels: masa lapang
Friday, October 30, 2009
Tuesday, October 13, 2009
Kursus Pengurusan Pembangunan Sekolah
Aku menghadiri kursus PS atau Program Memperkasa Sekolah . Seramai 40 orang GB seluruh Sabah menghadiri kursus ini. Antara pengisian kursus ialah
1. Tanggungjawab GB dan SKKSM
2. Perundangan
3.Pengurusan organisasi sekolah & Kepimpinan
4. Motivasi
5. Perancangan Strategik-Cabaran ke arah Kecemerlangan Organisasi
6. Coaching and mentoring
Disamping menambah ilmu pengetahuan,aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan GB yang baru dikenali
Saturday, October 10, 2009
Friday, October 9, 2009
Minggu Paling sibuk
Minggu ini pelbagai aktivitidi jalankan di sekolah. Bermula Isnin aktiviti kokurikulum; pertandingan bola sepak,pertandingan bola tampar dan badminton peringkat sekolah. Disamping itu sekolah juga menyelitkan pertandingan badminton bagi guru guru dan AKS dalam acara bergu lelaki.Tau siapa menang? Kawan-kawan rapat boleh pikir sendiri kan pemenangnya!!!Khamis:Persatuan Bahasa Melayu mengadakan pertandingan bercerita. Mulai Jumaat petang aktiviti RIMUP pula dijalankan.Aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki,malam kebudayaan dll.
Ahad ini, aku akan mengikuti kursus pembangunan sekolah (memperkasakan sekolah) peringkat negeri Sabah mulai 12 hingga 16 Oktober 2009.Bagus juga le nak refresh balik apa yang dipelajari dari IAB (Pak Bust). Dari senarai penceramah nama beliau tidak termasuk. Apapun harapnya ia dapat meningkatkan kefahamanku tentang perancangan, strategi dan perlaksanaan memperkasakan sekolah .
My Blog List
-
parut10 hours ago
-
Melepas1 day ago
-
-
Jual Rumah4 days ago
-
.....1 week ago
-
2 misi sblum balik Sabah~1 week ago
-
RUMAH TERBUKA1 month ago